Sunday, March 17, 2013

MAJLIS PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH

MAJLIS PENGURUSAN PENTADBIRAN SMK ABDUL SAMAD


MAJLIS PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SMK ABDUL SAMAD


MAJLIS PENGURUSAN KURIKULUM SMK ABDUL SAMAD


MAJLIS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID



MAJLIS PENGURUSAN KOKURIKULUM



KAKITANGAN SOKONGAN SMK ABDUL SAMAD


KAKITANGAN SOKONGAN SWASTA SMK ABDUL SAMAD


JAWATANKUASA ASRAMA SMK ABDUL SAMAD


JAWATANKUASA KOPERASI SMK ABDUL SAMAD

BADAN PENGAWAS SMK ABDUL SAMAD
BADAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK ABDUL SAMAD
MAJLIS KETUA TINGKATAN SMK ABDUL SAMAD



BARISAN PENDIDIK SMK ABDUL SAMAD

BARISAN PENDIDIK SMK ABDUL SAMAD

Saturday, March 16, 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013






Friday, March 15, 2013

MAJLIS PENGAGIHAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013



MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN  2013
        PENDAHULUAN
YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2013. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

OBJEKTIF
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2013.

KRITERIA KELAYAKAN
Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi 
persekolahan 2013.

TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2013.


KADAR
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid. 

ATURCARA MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

 
2:00  petang : Ketibaan ibubapa/penjaga pelajar
                    : Pendaftaran seramai 15 orang ibubapa/penjaga pelajar



2:15 petang : Ketibaan dif jemputan

2:30 petang  : Bacaan doa
                    : Tazkirah
                    : Ucapan dan perasmian oleh YB Datuk Hj Ahmad Jazlan  bin Dato’ Hj. Yaakub-Ketua  
                     UMNO Bahagian Machang
                   :  Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan
                      (seramai 15 orang)

5:00 petang : Majlis bersurai


 















      

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH - PROGRAM 4S - SENYUM, SALAM DAN SYUKUR



PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH
(PROGRAM ‘4S’SENYUM, SALAM ,SAPA DAN SYUKUR )

Pengenalan
Pendidikan membentuk, membangun dan meningkatkan pengetahuan dalam peradaban kehidupan seharian merupakan proses berperingkat-peringkat yang amat penting dilalui oleh setiap pelajar. Untuk melahirkan pelajar yang beradab ini, memerlukan latihan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa, atau penjaga di rumah pada usia awal kanak-kanak. Akan tetapi, disebabkan pelajar ini di besarkan dari latar belakang keluarga  yang berbeza-beza dan budaya yang berlainan telah mengakibatkan kurangnya mereka memberi senyuman,bertegur sapa dan memberi ucap salam.
Senyum,Sapa, Salam dan Syukur atau ‘4S’ adalah usaha memupuk adab berbudi bahasa dan nilai-nilai murni yang kemudiannya dibudayakan dalam kehidupan seharian pelajar.Diharapkan pelajar dan warga SMK Abdul Samad akan memanfaatkan dengan sebaiknya program yang telaah disediakan ini untuk mendidik mereka bakal menjadi modal insan  berilmu dan berbudi bahasa.


Matlamat:
Membudayakan peradaban SENYUM, SALA, SAPA dan SYUKUR  sebagai cara hidup seharian pelajar dan warga SMK Abdul Samad.

3.0 Objektif:
Memberi kefahaman dan keyakinan kepada pelajar untuk meningkatkan nilai dan kualiti peradaban mereka dalam kehidupan seharian
Mewujudkan hubungan baik sesama pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar demi mewujudkan  keharmonian dalam kehidupan seharian.
Membudayakan peradaban berbudi bahasa dan niali-nilai murni dalam kehidupan seharian sehinggalah pelajar ini dewasa.



ATUR  CARA MAJLIS

7.30 pagi                 : Pelajar dan guru mengambil tempat.

7.40 pagi                 : Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan

                                :Laporan guru bertugas mingguan

        :Ucapan alu-aluan oleh Pn Hjh Cik Minah bt Harun, PK HEM

                                : Nyanyian lagu “Budi Bahasa Budaya Kita”

                               :Bacaan Doa

8.00 pagi                :Perasmian Pelancaran Program ‘4S’oleh En Mohd Rohzaini b Mohd Zain, Pengetua SMK Abdul Samad

                              :Bersurai








 



Saturday, March 2, 2013

Senamrobik dan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013




PENGENALAN
                  Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Bidang sukan memainkan peranan penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan social serta pembangunan ekonomi Negara

MATLAMAT
                  Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing.


OBJEKTIF
1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan antara murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.


ATUR CARA KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKAS 2013
Tarikh : 23 JANUARI 2013
Masa : 7.40  PAGI
Tempat : PADANG SMK ABDUL SAMAD 

7.40 pagi :
  Pelajar berkumpul di padang sekolah
· Pendaftaran Peserta
· Agihan persegaran kepada pelajar

8.30 pagi  
Bacaan doa
· Senaman memanaskan badan
· Petugas-petugas kejohanan mengambil tempat di lokasi masing-masing.

9.30 pagi
 Pelepasan pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5
· Pelepasan pelajar perempuan tingkatan 1,2 dan 3
· Pelepasan pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5
· Pelepasan pelajar lelaki tingkatan 1, 2 dan 3

11.30 pagi:
 Acara Penyampaian Hadiah
12.00 thg Acara Selesai